Monday, 30 July 2012

GORENG CEMPEDAK






BAHAN-BAHAN
1 BIJI CEMPEDAK YANG SEDERHANA
TEPUNG GANDUM 2 SENDUK
TEPUNG BERAS 1 SENDUK
GARAM SIKIT
SERBUK KUNCIT UNTUK KALER JE
AIR
MINYAK SECUKUP NYA.

CARA-CARA
POTONG CEMPEDAK AMBIK ISINYE SAJE
GARULKAN SEMUA TEPUNG , GARAM KUNYIT DAN AIR..
PANASKAN MINYAK DALAM KUALI..
CELUP CEMPEDAK KEDALAM TEPUNG DAN GORENG LAH SEHINGGA MASAK..
JANGAN LAH API TERLALU PANAS NANTI CEMPEDAK HANGIT..

BOLEH LAH DIHIDANGKAN.







Sunday, 29 July 2012

MEE UDANG


Mee Udang Kak Ida.. Sedap

Bahan-Bahan:-

  • Mee - 1 Peket (300g)
  • Udang saiz besar  (100g) asing kan kulit dan kepala
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang besar (1 labu)
  • Serai (2 batang)
  • Tauhu (1 keping)
  • Taugeh (100g/ RM1.00)
  • Sawi (1 ikat / RM0.50)
  • Garam (sedikit saja sebab dah ade belacan)
  • Pes cili / cili kering yang dikisar (2 sudu besar)
  • Sos tomato (2 sudu besar)
  • Belacan - dibakar (anggaran besar ibu jari)
  • Minyak untuk menggoreng 

       Bahan Hiasan
  • Cili merah - dihiris nipis untuk hiasan (1 biji)
  • Bawang goreng (sedikit)
  • Limau kasturi - dibelah dua (2 biji)
  • Gula (sedikit)
  • Daun bawang (anggaran RM0.30)
  • Daun sup (anggaran RM0.30)
Cara-caranya, rebus kulit dan kepala udang bersama 4 cawan air.

Sementara itu, potong bulat setengah labu bawang besar dan tumbuk belacan dan bawang putih hingga lumat.

Apabila air rebusan tadi telah mendidih dan bertukar merah, tutup api, tapis dan ambil airnya. Namun, untuk lebih rasa udang, boleh juga dikisar kepala dan kulit udang yang telah direbus dan ditapis dan dimasukkan airnya ke dalam kuah.

Kemudian, panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing. Asingkan dan toskan minyaknya.

Setelah itu, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan gula diikuti dengan udang.

Apabila udang masak sedikit, masukkan garam, kacau sedikit dan masukkan bawang besar diikuti dengan sos tomato.

Kacau hingga sebati dan masukkan serai, diikuti dengan air rebusan tadi.Kacau dan biarkan hingga mendidih.

Kemudian, dalam periuk yang berlainan, panaskan air hingga mendidih dan celur sawi hingga layu. Kemudian angkat dan toskan.

Selepas itu, celur pula taugeh, asingkan dan toskan juga. Akhir sekali celur mee sebentar, angkat dan toskan juga airnya.

Hidanglah mee udang bersama sawi dan taugeh yang sudah dicelur, daun bawang, daun sup, tauhu yang digoreng tadi dan cili merah.

Tabur bawang goreng jika suka. Untuk penyedap rasa, tambahkan perahan limau kasturi.

Friday, 20 July 2012

Aduh .. kecewa nya.. kerata aku kena langgar lah pulak.. opp pembetulan.. kereta aku melanggar lah pulak..
kena ganti bonet depan dan bumper.. nasib baik lah sikit je... sikit-sikit pun habis lah bajet raye ..

Tuesday, 17 July 2012

RENDANG MINANG

Rendang Sedang mengelegak ...sedap nie..

RESEPI RENDANG MINANG
1 Ekor Ayam (tak kira lah ayam kampung ke atau ayam daging)
1 Kilo santan 
2 Batang Serai
20 Ulas Bawang Kecil (Klau lagi banyak lagi sedap)
10 Ulas Bawang Putih
3 Inci Halia
2 Inci Lengkuas (Itu pun kalau nak. kalau tak nak tak pe)
2 Senduk Cili Kering yang dikisar
1 Senduk Cili Api yang dikisar
Sedikit kerisik

CARA MEMASAK
Masukkan bawang , halia, lengkuas , cili dan santan
Masak sampai pecah minyak dan masuk kan ayam tapi kalau untuk ayam kampung atau pencen kena masukkan bersama-sama bawang tadi.. 
Sentiasa kacau supaya jangan hangus dibahagian bawah nya.
Gaulkan sampai rendang tadi berwarna coklat kehitaman dan naik minyak..
Ha dah mask.. boleh dah dihidangkan.

Selamat Mencuba..
Rendang ini adalah hidangan yang wajib setiap kali nak puasa dan raya..



Wednesday, 4 July 2012

TAUHU SUMBAT

Tauhu Sumbat
Bahan-Bahan
4 biji tauhu
6 biji cili merah ( dibuang biji nya)
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
3 sudu cuka masak (jangan pakai cuka getah pulak)
garam
gula secukup nya
1 biji timun (yang kecil je pun dah cukup)
20 sen taugeh

Cara memasak Tauhu
1. Basuh tauhu dan taburkan sedikit garam .
2. Goreng tauhu sampai kuning (angkat dan sejukkan)

Cara masak kuah
1. blander cili, bawang sampai hancur
2. Masak bahan-bahan yang dikisar tahu sehingga mendidih,
3. Masukkan garam, gula dan cuka
4. Biarkan mendidih dan diangkat.

Cara buat inti
1. Racik timun kecil-kecil
2. Celur taugeh dengan air panas
3. Angkat dan sejukkan

Cara sumbat tauhu
1. Tauhu yang telah digoreng tadi dibelah 2 (dari penjuru ke penjuru supaya dapat 3 segi)
2. Buat belahan pada tengah tauhu dan sumbat kan taugeh dan timun.
3. Dah siap boleh lah dihidangkan  ( tauhu boleh dapat 8 biji tauhu sumbat )
Amirrul dan Rakan selepas latihan memembak di Taiping Perak .
 Dapatlah merasa guna M16...

Monday, 2 July 2012

SF BEAUTY

SF beauty




SF beauty penemuan daripada sumber semulajadi utk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi. SF beauty bertindak meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.

Sf beauty merupakan produk daripada Kelantan yang dijual secara perseorangan. Ia tidak dijual di mana-mana kedai atau salon kecantikan. Namun keberkesanannya membuatkan permintaan semakin tinggi saban hari. Mengikut pengasas produk, kini permintaan mencecah 4000  set untuk setiap minggu. Sf beauty boleh didapati melalui pengedar yang sah dan juga boleh diberi secara online melalui kami. Jangan risau berkenaan status KKM dan ketulenanya, kerana kami merupakan stokis utama SF beauty di bawah seliaan pengasas sendiri.

SF beauty terdapat 2 packaging yang berlainan iaitu bekas kaca dan juga plastik. Bekas kaca adalah untuk dipasarkan dikalangan orang-orang kenamaan dan tertentu sahaja. Ini adalah kerana pengguna sf beauty adalah terdiri drp beberapa golongan termasuklah golongan kenamaan. Namun pengguna tidak perlu risau kerana ia adalah produk yang sama. Terpulang kpd anda mahu yang bekas kaca atau plastik. Tapi kami dimyshop2u memilih bekas plastik untuk dijual supaya memudahkan proses pengbungkusan dan penghantaran.


Mengandungi Vitamin E utk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.

(bagi yang kulit berjeragat dan pigmentasi sangat lah di syorkan)

Kelulusan KKM



SF beauty telah mendapat kelulusan KKM. Anda tidak perlu meraguinya kerana tiada bahan merbahaya dalam produk ini. Boleh semak status kkm dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal.

SF beauty Soap : NOT 110600593K
SF Day Cream : NOT 110600594K
SF Ninght Cream: NOT 110600595K



Panduan Penggunaan

- cuci muka dengan sabun 2 kali sehari
- gunakan krim malam pada malam hari
- gunakan krim siang pada siang hari(sbg pelindung uv)

jika awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan dengan krim siang dan sabun. selepas 2,3 hari gunakan semula krim malam.

Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan(biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit penggelupasan HALUS di bahagian bermasalah.

Berapa lama kesan??

1- 3 minggu sudah nampak kesanya. kulit akan mendapat kelembapan semulajadi.


TRIAL SET/SET PERCUBAAN

Set Lengkap 3 in 1 mengandungi : SF cream siang (7g) SF cream malam (7g) SF soap vitamin E(1/3 ketul)
Harga : RM79.90
 (kulit normal)

Set Lengkap 3 in 1 mengandungi : SF cream siang (7g) SF cream malam (7g) SF soap vitamin C(1/3 ketul)
Harga : RM79.90
 (kulit sensitif)



SET LENGKAP/SET BESAR


Set Besar kulit sensitif

Set besar mengandungi : cream malam (10g) cream siang (10 g) dan beauty soap
Harga: RM124


Set besar untuk kulit normal


Set besar mengandungi : cream malam (10g) cream siang (10 g) dan beauty soap
Harga: RM119


LOOSE PACK

SF Day Cream
Harga: RM49.90



SF Night Cream
Harga: RM49.90


SF beauty soap vitamin E
Harga : RM 39.90



SF beauty soap vitaminC Harga : RM44.90


Boleh juga dibeli secara loose pack


Boleh juga dibeli secara loose pack

SF cream 2 in 1: Cream siang(10g) cream malam(10g)
Harga : RM79.90


Produk ini tidak MENIPISKAN dan MEMERAHKAN kulit muka . Ia membersih kulit secara SEMULAJADI.

Untuk kulit yang sensitif dan berpenyakit tidak digalakkan mencuba. Terutamanya kulit yang alah pada bahan-bahan kosmetik. Sila sms terlebih dahulu sebelum mencuba. Saya akan terangkan kesan penggunaan.

JAM TANGAN BONIA

Jam Tangan Jenama BONIA (5 year service award)

SOTONG GORANG KUNYIT

Sotong Goreng Kunyit


Ini adalah sotong goreng kunyit pertama ku.. sedap.. anak-anak aku sangat suka .. cuba lah.

Bahan-Bahan
6~8 ekor sotong (saiz sederhana)
6 Biji cili Merah (ditumbuk kasar)
6 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar / hollan (dipotong bulat)
3 sudu cili kering yang telah dikisar
minyak secukup nya
serbuk kunyit
garam


Cara-cara 
Sotong dipotong bulat dan dibersihkan
Gaulkan sotong dengan garam dan kunyit dan digoreng
Angkat sotong dan ketepikan dulu
Panaskan minyak tumis bahan -bahan yang dikisar dan cili kering
Kacau sampai pecah minyak dan masukkan sotong, garam
kacau sampai kering air dan dihidangkan
kalau nak cantik hiaslah sikit dengan daun bawang.

Selamat mencubaaa

MAJLIS KHATAM QURAN


Anak Anip (Nasoha dan Auni)

Anal Ila ( Fatiha dan Fadilah)

Anak Razi dan Anak Rashid (Raidah dan Ain)

Merdu nya suara Auni

Nenek sedang monitor setiap surah yang dibaca



Perarakn dari rumah aku ke rumah nenek




Team khatam quran